24 September 2013

ku syabab dan ku bukan lembap.. ๏̯͡๏

assalamualaikum...

memang benar kata bijak pandai "mata tak dapat melihat apa yang otak tak tahu"..

kali ini gua nak cakap sikit pasai hijrah katanya..ramai yg pening macam mana nk define hijrah nihh..okesss~ gua cakap berdasarkan apa yg gua belajar kat sekolah menengah gua dulu..bak kata orang tua-tua  "bercakap tu biarlah dari pengalaman" tapi gua rasa tak masyuk sgt line statement tu.. sepatutnya "bercakap tu biarlah berpandukan ilmu bukan nafsu" .,amacam orite dak kalau gua modified macam tuu.,.,

hijrah dari bahasa means berpindah dan dari segi istilah pulak maksudnya gini-perpindahan nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat dari Makkah ke Madinah untuk menegakkan agama ALLAH...okay~  rasanya semua dah tahu kan maksud hijrah tu kann.,.tapi gua nak cakap tentang hijrah untuk diri sendiri nihh.,.,macam ni cerita dia....pada suatu hari bla bla bla bla dan blaa....paham?? mestilah tak paham kan.,.hehh melawak sikit takkan tak boley..

straight to the point-----> so kita boley hijrah-kan diri kita nihh dari darul KUFUR menuju darul ISLAM..kalau tak paham jugak, kita bagi yg lain ----> keluar dari kekufuran menuju ke arah keimanan....haaaaaaa paham dahh??? mesti paham punyaa kann =P kita boleh berhijrah sebenarnya...anda nak?? cara dia macam nihh, kita tinggalkan semua dan segala amalan kita yg melanggar perintah ALLAH dan kita lakukan apa yang ALLAH perintahkan.....senang kan?? islam ni tak susah sebenarnya..islam itu INDAH..kita sahaja yg jadi susah..so, take a deep breath and smile~ chak!! ,,btw senyum tu kan sedekah...jadi perbanyakkan lahh senyum anda tu yeeee~ =))

kita semua ni cuma manusia biasa, yang tak lepas dari cengkaman dosa, hanya mampu memohon doa kepada yang Esa..kita cuma menumpang di dunia fana yg tak kekal lama,hanya perhentian bagi kita sebelom ke syurga.. insyaALLAH~

nak try bersajak dekat sini boleh kot nohh.,suara gua bukan sedap pong kalau nk menunjuk kann.,

Hijrah Pemuda

Desa ini terlalu berharga,
Menemani-ku menyusur usia,
menerobos tembok minda- manusia sememangnya alpa,.
alpa dek perkara sia-sia..nafsi-nafsi jadi tradisi..apa ini
yang diingini??
Kau menyaksikan hari-hariku,
Penuh onak dan liku,
Kerana aku pemuda,
Ingin ku ubah nasib keluarga,
Maafkanlah diriku,
Ku terpaksa meninggalkan tanahmu,
Dari desa terceruk,
Hutan konkrit ku jejak,
Mengejar cita-cita,
Berbakti dan berjasa,
Namun,
Ku lemas dalam keliru,
Entah apa yang aku buru,
Kemewahan ku genggam,
Tapi iman berciciran,
Ku mencari diri,
Entah siap yang peduli...




salam syabab...
muhammadglee..

p/s:credit to Fatimah Syarha Mohd. Nordin dan Dr. Farhan Hadi Mohd Taib

No comments:

Post a Comment