24 December 2013

aku sini.. ๏̯͡๏

of course laah..



lihat dan terus lihat
kita lihat bila 

kesalahan lalu
bukan aku
bukan kamu
itu dulu...
meniti masa
perut dunia
semua berbeda
mungkin satu
mungkin berbatu
siapa tahu...kan


mungkin kau lupa
yang kita pendosa
sesuka hati menabur nama
sesuka diri membinasa
mungkin kau lupa
yang kita hanya hamba??
tiada kata sejelas rasa
tiada rupa secerah dunia
memang kau lupa
lupa akan janji..
makan dari sisi
sikit demi sikit
hingga tiada lagi..

hari ke hari
datang dan kembali
salahkan diri
bukan ummi...
bukan nabi...
hanya kuli...
lihat diskriminasi
mengunung tinggi
tiba masanya untuk pergi...
berjumpa Ilahi

--kadang aku pun heran kenapa perlu nak cari kesalahan orang lain evendoh dia dah tahu yang dia pun pernah buat silap jugak...haihh

-muhammadglee

11 December 2013

Dia tahu -๏̯͡๏

-think ahead to stay ahead guys..



hari ini
ku temui
rentas fantasi 
penuh sakti
penuh magis
mungkin tragis
tapi...
tidak ku tangis
hati lama pergi
lama menyepi
ku cari
ku gali
ronyok
koyal
pecah
sepah
sampai perca
yaa...
kau tahu
tak, kau tak tahu
Dia
yaa memang dia
Dia tahu...


hari ini
ku mati
mati dalam sepi
desak nafas hati
tak...
tak mungkin kembali
hijau warna bumi
biru lautan langit
terik senja mentari
pasti tak kembali
pasti dimimpi2
tak...
kau tak tahu
ya persetankan aku
tapi Dia
Dia tahu...


-muhammadglee..

8 December 2013

aku?? ๏̯͡๏

I'm leaving, I'm gone



hui
aku?
yaa kau...
tahu aku siapa
tak
sikit pun tak
ya memang
aku adalah kau
mungkin
ya mungkin mungkin
tapi
mana mungkin
kau aku?
memang...
memang ini realiti
bukan galaksi mimpi...

tak
kau bayang
memang...
memang kau silap
sangat silap
silap kau
apa
apa kau buat ini
apa kau buat itu
apa...
jawab aku

apa...
ini kau
mana isi
mana bukti
mana inti
bangunlah hati
jangan sendiri
ini duniawi
tiada mana
hanya alpa
leka dan dusta
kau tahu...
sementara?
fatamorgana

itu
bekal kau
mana pati
bukan api mungkin
mungkin...
sana
hisab menanti
sini
fatamorgana tak abadi
dekat menanti
jauh temui
celik sendiri
selam hati
insyaALLAH nanti
ya...
terbang tinggi


-seringkali lihat dunia luar seringkali tergoda...aku tahu dunia bukan apa cuma singgahsana cuma sementara bukan lama.....kan


-muhammadglee ๏̯͡๏

5 December 2013

mana kau - ๏̯͡๏


-sekadar hiasan


teman
insan bernama
patung bernyawa
kemana pergi
di situ berdiri
setia menanti
bukan sekali
itu...
anugerah ilahi

teman
mudah dimiliki
payah mencari
sama tinggi
sama imaginasi
sama uni
seni dek hati
simpul rapi
sampai hari mati
insyaALLAH akhi...

teman
ada duka
ada suka
tapi...
dimana dia
hilang dek gelap
terbang dek debu
dimana dia...
sepi diri 
hati duri
mana nak ku cari

dimana kau akhi??



#muhammadglee


*dimana kita berada mungkin di situ kita berpijak..mungkin tak berdiri tapi tekad yang tinggi pemangkin hati..terus berdiri di puncak hakiki bukan seorang diri tapi insan ukhrawi...






11 November 2013

,hati itu besi ๏̯͡๏

-sekadar hiasan-

,assalamualaikum..,

hati
bila dia pergi
bila akan kembali
salahkan diri
bukan pada mimpi..

hati
menyusur realiti
robek dek meniti duri
adakah ini pasti?
adakah ketentuan ilahi?

hati
takdir diingini
jangan ragui
sesuatu yang hakiki
kelak dirahmati..

hati
madah bukan sekali
sengat bagai keli
ingat apa dimiliki
kerna itu yang abadi..


sekian~
-muhammadglee

*maaf semua "I" ja kat belakang..





9 November 2013

,dunia kian basi... ๏̯͡๏

-sekadar hiasan ๏̯͡๏

,assalamualaikum...

dunia ini fana
penuh dengan dusta
malapetaka kian tiba
tak terasa dek lupa
tapi bukan ini yang kita pinta...

manusia masih leka
ditimpa duka tanpa rasa
kian hari makin binasa
namun...
hari itu pasti kunjung tiba

kau kesana
aku kemari
masing-masing mencari hakiki
terlupa datangnya hari
tak kemana kita pergi..

kepada Dia kita merintih
kepada Dia kita menangis
tapi hati kian pudar
kosong tanpa putih
dek kerana hasutan iblis..


sekian~
#muhammadglee #kitakankawan ๏̯͡๏

24 September 2013

ku syabab dan ku bukan lembap.. ๏̯͡๏

assalamualaikum...

memang benar kata bijak pandai "mata tak dapat melihat apa yang otak tak tahu"..

kali ini gua nak cakap sikit pasai hijrah katanya..ramai yg pening macam mana nk define hijrah nihh..okesss~ gua cakap berdasarkan apa yg gua belajar kat sekolah menengah gua dulu..bak kata orang tua-tua  "bercakap tu biarlah dari pengalaman" tapi gua rasa tak masyuk sgt line statement tu.. sepatutnya "bercakap tu biarlah berpandukan ilmu bukan nafsu" .,amacam orite dak kalau gua modified macam tuu.,.,

hijrah dari bahasa means berpindah dan dari segi istilah pulak maksudnya gini-perpindahan nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat dari Makkah ke Madinah untuk menegakkan agama ALLAH...okay~  rasanya semua dah tahu kan maksud hijrah tu kann.,.tapi gua nak cakap tentang hijrah untuk diri sendiri nihh.,.,macam ni cerita dia....pada suatu hari bla bla bla bla dan blaa....paham?? mestilah tak paham kan.,.hehh melawak sikit takkan tak boley..

straight to the point-----> so kita boley hijrah-kan diri kita nihh dari darul KUFUR menuju darul ISLAM..kalau tak paham jugak, kita bagi yg lain ----> keluar dari kekufuran menuju ke arah keimanan....haaaaaaa paham dahh??? mesti paham punyaa kann =P kita boleh berhijrah sebenarnya...anda nak?? cara dia macam nihh, kita tinggalkan semua dan segala amalan kita yg melanggar perintah ALLAH dan kita lakukan apa yang ALLAH perintahkan.....senang kan?? islam ni tak susah sebenarnya..islam itu INDAH..kita sahaja yg jadi susah..so, take a deep breath and smile~ chak!! ,,btw senyum tu kan sedekah...jadi perbanyakkan lahh senyum anda tu yeeee~ =))

kita semua ni cuma manusia biasa, yang tak lepas dari cengkaman dosa, hanya mampu memohon doa kepada yang Esa..kita cuma menumpang di dunia fana yg tak kekal lama,hanya perhentian bagi kita sebelom ke syurga.. insyaALLAH~

nak try bersajak dekat sini boleh kot nohh.,suara gua bukan sedap pong kalau nk menunjuk kann.,

Hijrah Pemuda

Desa ini terlalu berharga,
Menemani-ku menyusur usia,
menerobos tembok minda- manusia sememangnya alpa,.
alpa dek perkara sia-sia..nafsi-nafsi jadi tradisi..apa ini
yang diingini??
Kau menyaksikan hari-hariku,
Penuh onak dan liku,
Kerana aku pemuda,
Ingin ku ubah nasib keluarga,
Maafkanlah diriku,
Ku terpaksa meninggalkan tanahmu,
Dari desa terceruk,
Hutan konkrit ku jejak,
Mengejar cita-cita,
Berbakti dan berjasa,
Namun,
Ku lemas dalam keliru,
Entah apa yang aku buru,
Kemewahan ku genggam,
Tapi iman berciciran,
Ku mencari diri,
Entah siap yang peduli...




salam syabab...
muhammadglee..

p/s:credit to Fatimah Syarha Mohd. Nordin dan Dr. Farhan Hadi Mohd Taib

20 September 2013

Bukan nak mengata tapi nak cerita =))

yeay!! saya dah kembali katanya.,.hahahah k sengal sikit.,lama menyepi bukan maknanya takada entry.,ye doop~ tetiba ceq rasa nk ceqita  pasai "COUPLE" nihh.,.,jeng jeng jeng!! heran laa gua nihh tengok pasangan pasangan yg menjalinkan hubungan sedemikian.,hahaha baku pulak aku nihh.,.,

okess terus ke perbincangan kita.,cuba bayangkan for the first time ada AWEK/PAKWE mesti nk nk hebohkan kat orang kan dan kalau boleh tu nk announce satu dunia.,kan kan mcm cakap dari pengalaman jaa gua nihh.,ehhh saya masih single mingle dan springkle koot.,.mak saya suruh belajaq dulu katanya nntI kalau tak belajaq nk bagi makan bini apa rumput?? batu?? batang pisang?? buah ceri tepi jalan?? haishhhh~ haaa terlajak dah kita dari jalan utama nihh.,hehehehe,, seminggu yang lalu, saya perati jaa 2 orang manu manu ni bersweet candy dekat laman maya.,,dia bersweet tu tak igt org dah disekeliling.,geli kot kata roomate apartment C nihh.,seboleh bolehnya janganlah macam KERA-DUKU.,bajet "cubit peha kiri, peha kanan terasa jua" alamak..nak jaa aku bahan sekarang., grrrrrrrr~

teringin kan anda nak macam ni kan kan ?? anda tunggu masa nya tiba menyambut anda nooh.,;))
*saya pon nak macam nihh.,sapa takmau wooi~

kalau kapel tu jangan laah sampai kawan kawan pon lupa.,.,kalau kapel tu jangan laah lupa tuntutan agama.,kalau kapel tu jangan laah sampai lupa nk telefon mak bapak.,kalau kapel tuu berpada-pada sama kan.,buat apa nk tayang kat orang.,.mungkin nak tayang sebab awek dia lawa.,mungkin?? tak mustahil kalau awek dia lawa tapi jodoh yg tertulis tak lawa.,kita tak tahu tapi Dia tahu.,kita merancang Dia pon merancang tapi Dia laah terbaik perancang.,jangan beria nak bercinta kalau diri pon tak terjaga.,.jangan bazir airmata untuk cinta tapi bazirlah untuk Pencipta.,haissshhhh lama sungguh aku merapu nihh.,padahal nk habaq kata jangan nak poyo sangat kalau ada awek/pakwe tu,.orang lain pon ada awek/pakwe tapi tak hingaq macam hampa pon kan kan.,.RAHSIA ITU HARTA BUKAN CENDERAMATA.,.okess rasanya patut dah kot berhenti kat sini.,.,nanti bila bila free kami update lagi nohh pasai pasai apa laah.,.,jangan menangis kerana cinta duniawi kerana tiada lain selain hakiki.,salam =))

*katanya ada event utk blogger.,.cer check link niih-----> http://www.nabilabiela.com/2013/09/berita-baik-buat-blogger.html?m=1

.,terima kasih 

muhammadglee~





6 May 2013

,banyak berjalan-kan luas permandangan.,.,right??

Asslamualaikum semua =)).,...

hmmmmm.,.,nk cita apa haaa ri ni.,.,haaaah!!taw dahh nk cita paa kt hampa.,.pada tanggal 3 meii yg lalu.,.,gua ada g event ooo.,.,meredah hutan mencari aiyaq terjun sakti.,.,ehhh.,.kelaut gua nih.,.,mencari aiyaq terjun jaa sakti tu potong.,.,mesti nk taw kann aiyaq terjun tu tang mana.,hehhhee.,.,tempat tu kat sg.pisang blah gombak nihh.,.,dekat jaa ngn tempat gua study.,first g tuu,,gua egt kena jalan skit jaa.,.,tapi nk habaq kat hampa nihh.,.,tudiaa nuuh setengah jam bru sampai kat aiyaq terjun tuu.,.,punya laa letih xtaw nk kata laah jalan dlm hutan tuu.,.,tapi best nk mampoih mcm askar w0ox jln lam hutan.,.,ok itu melampau.,.maap.,over sikit.,.jalan yg kami lalu tu bawah jalan bosar.,.,so kami jalan dalam terowong nihhh.,
hehhhe.,.,917 tu mewakili group kls gua.,.,

#kitakankawan=)))
haaaaaaaaaa.,.,tudiaaa gambaq kami.,.,hampa hadaaa kaah.,.,
lepas terowong niiih laah bermulanya yg nk tercabut selipar laah.,.,jatuh geleceh.,.,kena pacat laah.,.,but suma tu sgt laah memoir kott.,.klu bley rakam hari tu.,.,memey gua rakam habis laah.,jalan punya jalan last skali jumpa laah aiyaq terjun kononya yg sgt menarik tuhh.,.,#katenye.,.,
#kitakankawan=))
hahaaaaaaah.,.,macam-macam pesyen hampa bleh tgk kot sini.,.,pakat-pakat buat pose habis!!haa yg blkang tu laah aiyaq terjun yg gua nk bgtaw tuu.,.,sebenaqnya tinggi sgguh aiyaq terjun tuu.,.,tp xlaah tggi mana ponn.,.,*cakap ja lebihh kan.,.,hehh.,.,hmmmmmm.,.,hampa pon my laah tempat mcm nihh.,.,siap ada ikan yg makan isi kaki yg mati tuu.,.,zeriously bes kot.,.,my laah.,.,.bley tgk alam semula jadi ciptaan-Nya.,.,k sampai sini ja kott coretan gua nihh.,.,nnt low ada masa gua update lg.,.,kbaii.,.

ASSALAMUALAIKUM=))
#muhammadglee

2 May 2013

,study week menghantuiKU.,.

,apakah yg dikatakan dengan study week.,. XD mesti pakat suma taw dah..,xpayah nk bersandiwara disini.,.persetankan apa mereka katakan.,.ahhh tensi gua xbley balik kampung sbb stydy week.,.first-|| memey gua nk balik pong hari jumaat niih.,..,tapi..............result quiz gua sangat-|| lah cibainya.,.,.macam xblaja gua kt sini.,.aaaaaduhhhh.,.dush dush.,. *tumbuk manja.,.hehhh.,. 
Okesss.,.hmmmm by the wayyy.,.wish mee gudluck ehh untuk exam nanti noee.,. Bubyee :-D
Assalamualaikum.,.,.
#muhammadglee

1 May 2013

BINGKISAN ILMU DI MERATA-RATA.,.,.CARILAH SEBELUM IA PERGI.,.

lama tak update blog nihh.,.,sbb buzy gila gitu.,.,hehhh.,.,tapi blog ni akan saya tukar jadid blog buku review tntg buku-buku yg telah saya baca.,.,baca byk-banyak pon tp xkongsi buat apa kann.,.,rugi.,.,okes.,.,tggu yaaa.,.,
assalamualaikum.,=))
muhammadglee^










8 February 2013

rutin yang doBOREDOMkan.,.

..,.,huuuuuhuuuu.,.,.,pakat-pakat balik hari nii.,.,mentang-mentang laah rumah depa dekat.,.,.,rumah kita jauh.,.,.,kami pon nak balik jugak tapi tgh tggu owg nihh.,.,awt tak mai-mai lg tataw.,.,

baru habis baca novel.,.,"bau semangat anak muda".,.,gempak siot novel tuu.,.,best gila bacaaa.,.hurrmmmm.,..tak paa lahhh.,.,nnt tolong doakan saya selamat sampai johor yaaaaa.,.,.,nak makan kenduri di johor ahad inii.,.,.bubyee.,.

27 January 2013

"kitakankawan": ikatan persahabat.,

"kitakankawan": ikatan persahabat.,: "bermula dengan pertemuan berakhir dengan perpisahan" berjumpa di sekolah.,.,makan bersama.,.main bersama.,cerita bersama.,melawak...

ikatan persahabat.,




"bermula dengan pertemuan berakhir dengan perpisahan"


berjumpa di sekolah.,.,makan bersama.,.main bersama.,cerita bersama.,melawak bersama.,.belajar bersamaa.,.,mungkin x dapat lupakan kenangan bersama kawan-kawan di zaman persekolahan duluu.,.first time "fly" kluar sekolah waktu malam time SPM.,.,semua budak sekolah balik kecuali budak form 5.,.kluar tengok bolaa.,main futsal dan melawat "kawasan",.,.yang best nya time fly waktu jatuh paritt.,.,gila!!dah alaa air busuk.,licin plak tu.,.,yg x tahan nya.,.,jatuh ramai-ramai plak 2..,huhuhuu.,.,nak jaa kembali zaman sekolah dulu.,.,


sekarang semua kawan-kawan belajar dekat U masing-masing.,.time cuti jaa dapat jumpa depaa.,.xsabaq nk jumpa time cuti raya cina nihhh.,.,.hehhh.,.,

                                                  

                                                 #kitakankawan